banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 11 Feb 2016

moshedfx-forex-malaysia-gold-010

Harga emas berada dalam dagangan bercampur-campur Rabu semalam, turun naik dengan paras terendah harian sekitar $1,181.50/oz ke setinggi $1,197.75/oz, sebelum menutup sekitar paras $1,196.85/oz; setelah Pengerusi Federal Reserve Janet Yellen, dalam keterangannya kepada kongres AS semalam, mengakui bahawa terdapat kelemahan dalam ekonomi global, tetapi menunjukkan bahawa kadar masih boleh meningkat tahun ini, walaupun secara perlahan-lahan.

Beliau menambah bahawa ada sebab-sebab yang baik untuk mempercayai yang AS akan terus berada di landasan pertumbuhan yang sederhana, yang akan membolehkan Fed untuk meneruskan pelarasan kepada dasar monetari secara beransur-ansur. Beliau juga mempertahankan kenaikan kadar pada Disember lalu, mengatakan bahawa jika ia tidak dilaksanakan, peningkatan kadar yang lebih tajam mungkin terpaksa dilakukan pada masa akan datang, yang boleh menolak ekonomi AS kembali ke dalam kemelesetan.

Hanya beberapa bulan yang lalu, Feds telah memberi isyarat akan kemungkinan satu siri kenaikan kadar pada 2016, tetapi rancangan ini telah berubah secara drastik sejak awal tahun ini. Ramai pakar ekonomi secara terbuka mempersoalkan jika Feds mampu membuat lebih banyak kenaikan seperti yang ia rancangkan sepanjang 2016. Dengan kelemahan ekonomi global, terutamanya di China, serta harga komoditi minyak yang berterusan merudum, kenaikan kadar boleh mengheret ekonomi AS ke bawah, ekoran kenaikan kos pinjaman dan pelaburan.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register