728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 11 Jan 2016

moshedfx-forex-malaysia-gold-006

Harga emas susut lebih $19.40/oz Jumaat lalu, untuk ke paras terendah harian sekitar $1,092.90/oz sebelum menutup sekitar paras $1,103.30/oz; setelah pasaran dipenuhi aktiviti pengambilan untung belian apabila emas meningkat lebih $50/oz sejak pembukaan tahun baru 2016.  Pada masa yang sama, pasaran China kembali tenang selepas Kerajaan China diberitakan mengeluarkan teknologi yang memutuskan dagangan apabila pasaran jatuh, disamping menaikkan kadar tukaran Yuan untuk dagangan luar pesisir buat kali pertama selepas 9 hari.

Tindakan Kerajaan China tersebut, menyebabkan pasaran ekuiti China teruja dan kembali melonjak lebih 2% Jumaat lalu.  Sebelum daripada itu, indeks CSI300 telah jatuh 10%, apabila pasaran kewangan global panik dengan laporan ekonomi China yang menunjukkan kuasa ekonomi kedua terbesar dunia itu, sedang bergelut dengan ekonomi yang semakin suram; sekaligus menyebabkan pasaran membida aset ‘safe-haven’ seperti emas, Yen dan Swiss Francs.

telegram-moshed

telegram-moshed

“Buat masa ini, satu-satunya cara untuk berdagang emas adalah dengan mengambil pandangan di pasaran ekuiti dan pasaran China khususnya, kerana ia seolah-olah menjadi daya penggerak yang menolak pasaran ke paras yang lebih rendah,” menurut penganalisis INTL FCStone Edward Meir. Emas sering dilihat sebagai pelindung nilai terhadap ketidaktentuan geopolitik dan kewangan, bersama-sama dengan aset-aset lain seperti matawang Yen Jepun dan bon Perbendaharaan AS.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register