banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 11 Jun 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-008

Harga emas menokok lebih $16.50/oz Rabu semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar $1,192.35 sebelum menutup sekitar paras $1,185.95; selepas para pedagang beralih daripada Dollar AS untuk menyokong logam berharga. Pasaran hadapan emas bangkit daripada tiga sesi kejatuhan berturut-turut pada hari Isnin lalu dengan lonjakan dalam permintaan aset ‘safe-haven’ ekoran ketidaktentuan ekonomi di Turki dan Greece serta pasaran ekuiti Amerika Syarikat dan Dollar AS yang lemah.

“Kemelut Greece kelihatan seperti ia akan ditangguhkan, tetapi kekal di latar belakang, dengan logam mengambil petunjuk daripada kadar pertukaran Dollar AS dan nilai ekuiti hari ini,” menurut Peter Hug, pengarah perdagangan global di Kitco Metals. Emas meningkat pada hari Selasa setelah pasaran saham Eropah jatuh dan komoditi meningkat secara menyeluruh, tetapi harga kekal dalam jajaran kecil ekoran para pelabur yang menunggu isyarat jelas tentang masa kenaikan “interest rate” AS.

telegram-moshed

Dalam pasaran fizikal, terdapat tanda-tanda pembelian saham murah oleh pengguna China selepas kejatuhan harga pada Jumaat. Premium di Gold Exchange Shanghai berada kira-kira $2.50/oz kepada penanda aras global, meningkat sedikit daripada $1.50 ke $2 pada minggu lepas.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register