banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 11 Mei 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-013

Harga emas meningkat sedikit, sekitar $11.50/oz Jumaat lalu, dari paras terendah harian sekitar $1,181.70 sebelum menutup lebih tinggi sekitar paras $1,188.50/oz; selepas krisis Grexit yang masih belum selesai terus menghantui pasaran.  Walau bagaimanapun, harga emas diniagakan rendah pada minggu sebelumnya, selepas langkah baru dasar China untuk menyokong ekonomi kedua terbesar di dunia itu.

Laporan jualan rumah AS yang kuat pada bulan Mac, meningkatkan jangkaan kenaikan “interest rate” seawal Jun ini. Juga, cadangan Bank Pusat Eropah untuk meningkatkan tuntutan insurans sebagai balasan untuk pembiayaan kecemasan kepada bank-bank Greece membawa kepada pergerakan harga emas yang ganas. Harga turun selama tiga minggu berturut-turut sebelum itu, setelah kekuatan dalam pasaran ekuiti global mengalihkan permintaan daripada logam berharga.

telegram-moshed

Di pasaran hadapan pula, kontrak emas ditutup lebih rendah pada hari Khamis untuk sesi kedua berturut-turut; selepas laporan tuntutan pengangguran AS yang lebih baik dan kenaikan dalam kadar pulangan bon 10 tahun Perbendaharaan AS, baru-baru ini. Sementara itu, Jabatan Tenaga Kerja melaporkan angka NFP dan kadar pengangguran yang lebih stabil menyebabkan pembeli emas kehilangan arah.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register