banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 11 Mei 2016

GOLD Analisa Fundamental Harian 11 Mei 2016

Harga emas berada dalam dagangan ‘sideway’ Selasa semalam, dengan pergerakan sekitar $11.75/oz, dari paras terendah harian sekitar $1,269.48/oz ke setinggi $1,257.70/oz, sebelum menutup sekitar paras $1,265.84/oz; setelah pasaran menilai semula kenyataan beberapa Presiden Feds cawangan tentang kenaikan kadar AS pada tahun ini. Indeks Dollar AS melonjak hampir 0.3%, kenaikan tertinggi sejak 28 April dan merupak kenaikan lima hari berturut-turut yang pertama sejak 24 Mac lalu.

Menurut CNBC, Presiden Feds Chicago Encik Charles Evans berkata, sikap “tunggu dan lihat” adalah satu pendekatan untuk dasar monetari yang wajar, tetapi asas ekonomi AS yang kukuh harus menyokong kenaikan tahun ini kepada kira-kira 2.5%. Presiden Feds Minneapolis, Encik Neel Kashkari menggemakan sentimen yang sama, sambil berkata bahawa kadar yang rendah membantu membawa pekerja kembali ke pasaran tenaga buruh, tanpa perlu terlalu banyak memberati inflasi.

Presiden Feds Minneapolis Encik Neel Kashkari berkata, bahawa beliau menyokong pendirian ‘dovish’ semasa Federal Reserve, dalam ucapan kepada Kelab Ekonomi Minneapolis. Presiden Feds itu juga berkata, pasaran memberikan terlalu banyak perhatian kepada kenyataan daripada Bank Pusat AS. “Kedudukan pelabur telah berdegil tinggi setakat tahun ini, dan hasilnya kita memegang pandangan bahawa pasaran akan terus berdagang dalam julat yang telah ditetapkan,” kata penganalisis UBS, Joni Teves.

telegram-moshed

“Lantunan dalam Dollar juga telah menyumbang kepada pengunduran harga, dan tempoh ini adalah musim yang perlahan untuk emas.” tambah beliau lagi. Dana lindung nilai dan pengurus wang dilihat menambah kontrak belian mereka dalam kontrak emas COMEX, pada minggu berakhir hingga 3 Mei, menurut data CFTC yang terbaru. Membantu pemulihan Dollar juga, adalah kenyataan Presiden Feds New York, Encik William Dudley yang mengatakan dua kenaikan kadar AS pada tahun ini adalah “jangkaan munasabah”.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register