banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 12 Dec 2014

moshedfx-forex-malaysia-gold-006Emas kembali menyusut dengan pandangan “bearish” para pedagang yang mula menumpu kepada mesyuarat FOMC minggu depan.  Selepas membuat paras tertinggi minggu ini sekitar $1,238.24 pada Rabu lalu, harga pada Khamis sesi penutupan London berlegar sekitar $1,229.25 hingga $1,221.95

Terdapat spekulasi juga bahawa ECB akan memulakan program ransangan ekonomi secara terus dalam masa terdekat untuk membantu ekonomi Euro-Zone.  Keadaan ini melemahkan Euro yang secara tidak langsung menambah permintaan untuk Dollar dan menyebabkan harga emas menyusut.  Emas yang bergerak secara kadar terus dengan minyak mentah juga terkesan dengan kejatuhan harga bahan api itu yang didagangkan sekitar $61.05 setong pada Khamis sesi penutupan London.  Walau bagaimanapun, “adalah sesuatu yang baik jika emas dapat bertahan diatas paras kos produksi $1,200 walaupun harga minyak mentah terus merudum” menurut seorang pedagang logam berharga dari Hong Kong.

Sentimen pasaran emas juga dilihat semakin “bullish” dengan peningkatan pegangan emas oleh dana bursa berasaskan emas terbesar dunia – SPDR Gold Trust sebanyak hampir 3 tan pada Rabu menjadikan jumlah pegangan kepada 724.8 tan.  Peningkatan itu adalah untuk dua hari berturut-turut tetapi masih pada paras terendah dalam masa 6 tahun.  Menurut seorang penganalisis dari HSBC, “sekiranya harga minyak masih rendah dan pasaran ekuiti goyah, ditambah pula tanda-tanda risiko krisis ekonomi bakal melanda;  emas bakal mendapat lonjakan yang sewajarnya hasil permintaan dari pembeli-pembeli baru.

telegram-moshed

[kml_flashembed publishmethod=”dynamic” fversion=”8.0.0″ movie=”https://moshed.com/wp-content/uploads/2014/12/Brand-June-2013-malaysia-468×60.swf” width=”468″ height=”60″ targetclass=”flashmovie” play=”true” loop=”true”]

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register