banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 12 Feb 2016

GOLD Analisa Fundamental Harian 12 Feb 2016

Harga emas terus memacu naik tanpa menoleh kebelakang Khamis semalam, lebih $67/oz untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1,263.35/oz sebelum menutup sekitar paras $1,246.45/oz; setelah pasaran mendapati Federal Reserve AS tidak mungkin mengubah rancangan untuk menaikkan kadar pada tahun ini; tetapi pada masa yang sama, pasaran kredit yang lebih ketat, pasaran kewangan yang tidak menentu, dan ketidakpastian mengenai pertumbuhan ekonomi China telah menaikkan risiko kepada ekonomi AS, menurut Janet Yellen kepada kongres AS.

Harga emas naik lebih daripada 1% ke paras tertinggi dalam masa 8-1/2 bulan, selepas Pengerusi Federal Reserve AS Janet Yellen menegaskan bahawa kadar AS akan meningkat secara beransur-ansur. Jongkong emas juga disokong oleh permintaan yang lebih selamat. Pasaran saham Asia terkesan semalam apabila nada keyakinan Yellen, membawa kepada penamat yang meragukan untuk Wall Street. Komen beliau juga melemahkan Dollar, yang jatuh kepada paras terendah sejak Oktober berbanding sekumpulan matawang utama.

Peningkatan dalam harga emas boleh meningkatkan peluang untuk pembeli berhati-hati dan menjadi mangsa penjual yang tidak jujur, amaran Michael Fuljenz, pemenang anugerah penulis logam berharga dan Presiden Universal Coin & Bullion, Ltd. di Beaumont, Texas. “Ia berlaku hampir setiap kali apabila ada kenaikan tinggi dalam harga emas dan perak. Terdapat sindiket penipuan yang menggunakan pelabur dan pengguna yang tidak melakukan kajian mereka sendiri,” tambah beliau lagi.

Pada tahun 2015, dan setakat ini pada 2016, jualan syiling emas di kedua-dua benua Amerika Syarikat dan Eropah telah begitu menakjubkan. Jualan syiling bulion emas American Eagle mencapai 124,000 auns pada Januari, naik 53% daripada setahun yang lalu. Dan pada tahun lepas di Mint Austria, salah satu penjual yang terbesar di Eropah, pengguna membeli sehingga 1.75 juta syiling, empat kali jumlah yang dijual pada tahun 2008, sebelum krisis kewangan.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register