728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 12 Jun 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-007

Harga emas jatuh lebih $11.80 Khamis semalam, dari paras tertinggi harian sekitar $1,188.05 untuk mencapai paras terendah sekitar $1,175.65 sebelum menutup sekitar paras $1,181.95/oz; selepas memacu naik selama hampir 3 hari berturut-turut untuk membuat paras tertinggi sekitar $1192.35/oz Rabu lalu apabila permintaan untuk Dollar kembali dan kesan dari krisis Grexit yang mula mengendur.

Dalam pada masa yang sama, data jualan runcit Amerika Syarikat yang memberansangkan membantu sokongan belian untuk Dollar, walaupun data tuntutang bantuan pengangguran sedikit mengecewakan.  Jualan runcit teras meningkat 1.0% berbanding 0.7% jangkaan dan 0.1% pada sebelumnya.  Secara keseluruhan, jualan runcit meningkat dari 0.2% kepada 1.2%, berbanding jangkaan 1.1%

telegram-moshed

Bilangang rakyat Amerika Syarikat yang memohon bantuan pengangguran pula, meningkat dari 277 ribu kepada 279 ribu.  Pasaran menjangkakan tiada sebarang perubahan. Para pedagang menyaksikan kenaikan baru-baru sebagai peluang untuk mengambil untung sebelum laporan ekonomi Amerika Syarikat disiarkan. Berita yang lebih baik untuk Dollar AS, datang dari kajian suku tahunan Biro Banci Amerika Syarikat yang menunjukkan bahawa aktiviti pengguna dalam Q1 tumbuh lebih cepat daripada yang dijangkakan, yang menunjukkan pertumbuhan tidaklah selembap seperti yang diramalkan pada sebelumnya.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register