banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 12 Mar 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-017

Emas jatuh lebih $17/oz Rabu semalam untuk mencapai paras terendah harian, sekitar $1,147.43 sebelum menutup pada sekitar $1,155.14  Ketika artikel ini ditulis, harga emas sedang berada diatas sokongan mingguan sekitar – $1,147.65 dan dibawah pivot harian – sekitar $1,155.90  Uptrend emas kini, hanya disokong pada carta bulanan dengan pembatalan pada sekitar $1,138.25

Emas yang kebanyakannya disebut harga dalam US Dollar, akan menjadi lebih mahal bagi pemegang matawang lain, apabila mereka terpaksa menukar kepada Dollar dahulu sebelum dapat menyempurnakan transaksi pembelian.  Pelaburan emas yang juga tidak membayar sebarang “interest” atau “dividen”, mula hilang tarikan dengan kenaikan “interest rate” Amerika Syarikat yang dijangka June ini.

telegram-moshed

Krisis ‘Grexit’ juga nampaknya tidak banyak memberi kesan kepada harga emas; apabila Dollar terus dibeli walaupun tanda-tanda di Jepun, Eropah, dan China, semuanya menunjukkan kegawatan ekonomi dunia.  Walau bagaimanapun, pasaran jongkong emas sentiasa mendapat permintaan, apabila harga di China $5 lebih tinggi dari harga pasaran di London, sekaligus menunjukkan para pelabur yang menggunakan kejatuhan harga ini, untuk menambah simpanan emas fizikal.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register