banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 12 Oct 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-004

Harga emas melonjak lebih $20.50/oz Jumaat lalu, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar $1,159.70/oz sebelum menutup sekitar paras $1,157.30/oz; setelah data ekonomi AS yang berterusan lemah menjana permintaan untuk emas ekoran spekulasi bahawa Federal Reserve AS mungkin terpaksa menangguhkan kenaikan kadar buat kali pertama selepas lebih sedekad kepada tahun depan.

Feds berfikir bahawa ekonomi AS semakin hampir kepada pewajaran kenaikan kadar pada bulan September lalu, tetapi pembuat dasar rata-rata mahu bukti yang lebih kukuh bahawa kelembapan ekonomi global tidak akan mengancam pemulihan ekonomi Amerika Syarikat.  Kebanyakan pembuat dasar, menurut minit, berfikir bahawa kenaikan kadar pertama Feds masih harus datang pada tahun ini; dan kegawatan pasaran kewangan global tidak mengubah prospek ekonomi Amerika Syarikat.

telegram-moshed

telegram-moshed

Emas telah meningkat kepada paras tertinggi dalam hampir dua minggu, awal minggu lepas selepas satu siri data ekonomi AS menunjukkan kepada kelesuan pasaran pekerjaan dan ekonomi, yang mungkin menghalang Feds daripada menaikkan kadar dalam masa terdekat.  Sebarang kelewatan kenaikan kadar AS, sudah pastinya membantu sokongan belian aset tidak berkadar seperti logam berharga, emas.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register