banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 13 Jan 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-002Emas yang mencapai lebih $1,231/troy oz pada awal sesi Asia Isnin semalam, menyusut semula lebih $13 pada sesi London, sebelum menstabil pada sesi New York.  Emas yang meningkat naik selama 5 hari berturut-turut sejak Isnin lalu, telah mencapai paras tertinggi dalam masa sebulan, apabila pasaran ekuiti dilihat mula goyah dan kejatuhan harga minyak mentah yang berterusan, menggusarkan para pelabur dengan kemampanan ekonomi dunia.

Walaupun secara umumnya Dollar dilihat semakin menguat apabila data ekonomi NFP dan kadar pengangguran Amerika Syarikat semakin baik; para pelabur mula gusar apabila “average hourly earning” menunjukkan pengurangan dari 2.1% kepada 1.7%  Pengurangan ini bermaksud, walaupun jumlah pekerja bertambah, pendapatan sejam mereka secara purata telah berkurang.

Dengan kata lain, berkemungkinan lebih ramai para pekerja Amerika Syarikat yang terpaksa melakukan lebih dari satu kerja untuk menyara hidup atau sanggup melakukan kerja berpendapatan rendah dibawah paras kelayakan mereka.  Ini bukanlah tanda-tanda ekonomi yang berkembang baik.  Lantaran itu, para penganalisa dijangka mula memberikan tumpuan kepada data ekonomi lain yang lebih mencerminkan situasi ekonomi sebenar seperti “retail sales”, “business inventories”, CPI, “capacity utilization”, “producer price index” dan “industrial production”.

telegram-moshed

Di Eropah pula, krisis Greece dilihat seperti bom jangka, yang bakal menggugat pasaran modal sekiranya Parti Syriza menang.  ECB yang bakal memulakan Quantitative Easing (QE) ala Amerika Syarikat bulan ini pula, dilihat akan meletakkan Euro-Zone dalam kancah hutang yang lebih besar.  Ketika ini nisbah hutang luar Euro-Zone dengan GDP adalah sekitar 90.9%  Dengan QE, ECB dijangka membeli bon-bon negara Kesatuan Eropah bagi menjana ekonomi mereka, walaupun mendapat tentangan hebat dari Jerman.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register