banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 14 Apr 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-011

Harga emas menyusut lebih $12.50/oz Isnin semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar $1,196.40 sebelum menutup pada paras $1,198.65 dibawah pivot hari ini, sekitar $1,201.55/oz apabila Dollar terus mendapat permintaan, ekoran spekulasi dari komen terbaru Federal Reserve yang masih tidak menafikan kemungkinan kenaikan “interest rate” pada Jun ini.

Selepas Mesyuarat FOMC Federal Reserve mengumumkan pada Mac lalu, tentang kelewatan yang mungkin dalam menaikkan “interest rate”, logam berharga termasuk emas melonjak semula. “Interest rate” yang rendah secara amnya positif untuk emas, kerana ia tidak menghasilkan sebarang dividen dan perlu bersaing dengan aset-aset lain.

telegram-moshed

Selain itu, konflik di Yaman menambah satu lagi dimensi kepada pemulihan dalam harga emas dari sudut peralihan kepada aset yang lebih selamat dan terjamin. Emas memacu naik dari $1,142,40/oz pada 17 Mac sehinggalah $1,224,50 pada 6 April; Walau bagaimanapun, logam kuning itu gagal memecah resistance dan berundur semula.

Deutsche Bank yang berpangkalan di Jerman, menjangka harga emas berlegar sekitar $1,170/oz pada separuh kedua tahun ini. ┬áMenurut bank Jerman itu, prestasi emas sejak beberapa minggu kebelakangan ini, telah bercampur-campur dan tidak menentu, dengan keuntungan dan kerugian yang sangat bergantung kepada pasang surut dan aliran jangkaan terhadap spekulasi kenaikan “interest rate” oleh Feds AS.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register