Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 14 Dis 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-020

Harga emas yang jatuh lebih $10.40/oz pada sesi Asia dan pagi Eropah Jumaat lalu, untuk ke paras terendah harian sekitar $1,062.30/oz, kembali memacu naik lebih $16.90/oz untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1,079.65/oz sebelum menutup sekitar paras $1074.90/oz; setelah pasaran terus mengatur strategi menjelang mesyuarat FOMC minggu ini. Pasaran menjangkakan Federal Reserve AS akan menaikkan kadar sebanyak 25 mata asas dalam mesyuarat tersebut. Selain mengukuhkan Dollar, kadar yang lebih tinggi juga membuatkan emas lebih sukar untuk bersaing dengan aset yang berkadar.

“Peserta pasaran ternyata menanti masa mereka menjelang mesyuarat Federal Reserve AS,” menurut Commerzbank AG dalam satu nota kepada pelanggan. Kekuatan Dollar adalah pengaruh yang paling kuat ke atas harga emas buat masa ini, walaupun beberapa penganalisis merasakan bahawa kesan kenaikan kadar yang dijangka, telah sebahagian besarnya difaktorkan ke dalam harga. Ada penganalisis yang percaya bahawa harga emas akan jatuh lebih rendah dalam menghadapi kenaikan kadar tersebut.

telegram-moshed

Logam emas susut ke sekitar paras $1,045.85/oz, paras terendah sejak Februari 2010, pada awal bulan ini, apabila Dollar melonjak ke paras tertinggi dalam 12-1/2 tahun; selepas Pengerusi Feds Janet Yellen memberi isyarat bahawa kadar AS akan meningkat pada bulan ini.  “Walaupun kenaikan kadar AS telah difaktorkan ke dalam harga emas, tindak balas awal emas adalah ke arah bawah,” menurut penganalisis Commerzbank Daniel Briesemann.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register