728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 14 Jan 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-009Emas yang mencapai paras tertinggi sekitar $1,244.18 Selasa semalam, menutup”daily candle” dengan “bearish inverted hammer” atau “bearish pin bar” yang menunjukkan pasaran berkemungkinan sedang dipenuhi dengan “sell order” dalam masa terdekat; terutamanya setelah harga meningkat naik sejak Jumaat awal tahun baru 2015.  Emas menutup dagangan Selasa semalam sekitar $1,230.57

Emas yang selalunya turut dipengaruhi oleh minyak mentah lantaran aktiviti ekonomi dunia yang banyak menggunakan minyak; kali ini tidak begitu terkesan dengan kejatuhan harga minyak, ekoran para pelabur yang mula gusar bahawa kejatuhan terus-menerus harga minyak ini, adalah kerana kekurangan permintaan akibat penguncupan ekonomi dunia.  Ini sekaligus mendorong mereka membeli emas sebagai pelaburan kalis inflasi.

Di pasaran emas fizikal pula, diberitakan para pembeli emas di Negeri China mula menambah pegangan emas mereka, sempena menyambut tahun biri-biri Februari ini.  Platinum Group Metals dalam laporannya kepada StreetWiseReports melaporkan, perkembangan makroekonomi dunia adalah kritikal kepada harga emas tahun ini; terutamanya dengan spekulasi kenaikan “interest rate” Amerika Syarikat pada Jun ini yang menyebabkan emas menyusut nilai.

telegram-moshed

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register