728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 14 Jan 2016

moshedfx-forex-malaysia-gold-010

Harga emas jatuh lebih $7.55/oz Rabu semalam setelah tekanan pasaran reda, untuk ke paras terendah harian sekitar $1079.65/oz; namun kembali memacu naik lebih $15.60/oz untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar $1,095.40/oz sebelum menutup sekitar paras $1,093.35/oz, setelah pasaran menerima permintaan untuk bidaan yang masih belum dipenuhi pada awal minggu lepas.

Sejak awal tahun 2016, pasaran telah digegarkan oleh junaman dalam saham China, kejatuhan nilai Yuan dan campur tangan berikutnya oleh pihak berkuasa China. Keadaan huru-hara tersebut telah membawa kepada kebimbangan bahawa ekonomi China mungkin sedang menghadapi masa yang sukar dan bukan stabil seperti yang diharapkan oleh ramai pelabur. China adalah pengguna emas terbesar dunia pada kira-kira 1,000 tan metrik setahun.

Logam kuning tersebut sering dilihat sebagai pelaburan alternatif dalam masa kewangan yang tidak menentu, walaupun kenaikan harga selalunya cenderung untuk tidak kekal lama. Kenaikan lanjut harga emas, mungkin akan dihadkan oleh kebimbangan bahawa kadar AS yang lebih tinggi akan mengurangkan permintaan bagi aset yang tidak berkadar tetap. Federal Reserve AS telah menaikkan kadar pada bulan Disember lalu dan perhatian kini telah beralih kepada berapa kali kenaikan akan berlaku pada 2016.

Presiden Federal Reserve Atlanta Dennis Lockhart berkata, mungkin data baru inflasi masih belum cukup untuk menyokong satu lagi kenaikan kadar pada bulan Mac. Pegangan dana dagangan bursa bersandarkan emas yang terbesar di dunia, SPDR Gold Trust, meningkat 0.69% pada Jumaat lalu, menurut data terbaru dari dana tersebut. Emas mengalami kejatuhan tiga hari berturut-turut, menandakan coretan kerugian paling lama pada bulan Januari. Walaupun demikian, emas telah pun meningkat 2.6% pada bulan Januari.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register