GOLD Analisa Fundamental Harian 14 Mac 2016

0 0

Harga emas jatuh lebih dari $33.85/oz Jumaat lalu, untuk ke paras terendah harian sekitar $1,248.55/oz sebelum menutup sekitar paras $1,250.25/oz; setelah sentimen pasaran kembali pulih dengan kenaikan di pasaran ekuiti global, apabila China melaporkan inflasi yang lebih baik dari jangkaan.  Pada masa yang sama, pasaran komoditi juga kembali pulih dengan sektor pembalakan mencatatkan kenaikan tertinggi pada 3.75%.

Indeks Dollar yang mengukur kekuatan Dollar AS berbanding enam matawang utama, berada dalam dagangan ‘sideway’, dari paras tertinggi harian sekitar 96.70 mata ke serendah 95.90 mata, sebelum menutup sekitar paras 96.15 mata.  Di pasaran bon AS, pulangan untuk bon perbendaharaan 10 tahun meningkat untuk 3 hari berturut-turut ke setinggi 1.98% pada Jumaat lalu, selepas harga jatuh ekoran minat belian yang semakin lemah.

Di pasaran hadapan, sektor logam berharga mencatatkan kejatuhan paling teruk pada -0.46% berbanding keseluruhan pasaran yang mencatatkan kenaikan pada 0.54% pada Jumaat lalu.  Namun begitu spekulator dilihat menambah kontrak belian mereka dari 152,413 kontrak pada 1 Mac kepada 174,810 kontrak pada 8 Mac, sekaligus menunjukkan pasaran yang masih lagi risau dengan kegawatan pasaran kewangan dan kelemahan ekonomi global.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Lanngan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa