728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 15 Dis 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-0191

Harga emas kembali jatuh lebih $18.50/oz sepanjang tiga sesi dagangan Isnin semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $1,058.70/oz sebelum menutup sekitar paras $1059.85/oz; setelah pasaran mula bersedia menjelang mesyuarat Federal Reserve AS yang bermula Rabu esok. Harga emas telah jatuh secara konsisten di belakang Dollar AS yang mengukuh, terkesan dari jangkaan peningkatan kadar pinjaman dana Federal Reserve Amerika Syarikat.

Feds dijangka akan menaikkan kadar untuk kali pertama dalam tempoh hampir satu dekad pada akhir mesyuarat dasar dua hari itu, pada jam 2 petang waktu New York hari Rabu atau jam 3 pagi waktu Malaysia hari Khamis. Bank Pusat AS itu juga akan mengeluarkan ramalan terkini bagi pertumbuhan ekonomi dan proses kenaikan kadar AS. Pengerusi Feds Janet Yellen juga akan mengadakan sidang akhbar yang dijangka dipantau rapat, 30 minit selepas pengumuman kenyataan Feds, untuk pelabur mencari isyarat tentang kaedah kenaikan kadar pada masa depan.

Ramai di pasaran menjangka kadar AS bakal meningkat kepada secara beransur-ansur, di tengah-tengah kebimbangan terhadap pertumbuhan global yang malap dan dasar kewangan yang berbeza di antara Amerika Syarikat dan negara-negara lain. Emas dilihat berada di landasan untuk menghantar penurunan tahunan sebanyak 9% pada tahun 2015, kerugian tahun ketiga berturut-turut, apabila spekulasi mengenai kenaikan kadar AS menguasai pasaran sepanjang tahun. Jangkaan kadar pinjaman yang lebih tinggi pada masa hadapan, dianggap penurunan harga untuk emas, lantaran logam berharga tersebut terpaksa bersaing dengan aset yang memberikan pulangan kadar. 

Feds dijangka akan menaikkan kadar sebanyak satu perempat daripada satu peratus, iaitu 25 mata asas, menjadikan kadar pinjaman dana Feds naik dari 0.25% kepada 0.5%.  Malah penganalisis meramalkan penurunan emas seterusnya, dalam tempoh beberapa bulan akan datang. BofA Merrill Lynch dalam laporannya kepada pelanggan, menjangka harga emas bakal jatuh kepada $950/oz pada awal tahun 2016 disebabkan oleh kenaikan kadar tersebut.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register