Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 15 Jul 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-004

Harga emas berada dalam dagangan ‘ranging’ Selasa semalam, dengan pergerakan sekitar $6/oz dari paras tertinggi harian sekitar $1,159.10/oz ke serendah $1,152.95/oz; selepas pemimpin Euro-Zone bersetuju dengan pelan tindakan bantuan dana untuk Greece, manakala Federal Reserve AS pula masih di landasan yang betul untuk menaikkan “interest rate” pada tahun ini.

Pegawai EU berkata Perdana Menteri Greece Alexis Tsipras akhirnya menerima kompromi atas permintaan Jerman untuk penjualan aset negara Greece bagi membayar hutang. Emas juga telah dikekang oleh kenyataan daripada Pengerusi Feds Janet Yellen yang masih tegas dengan kenaikan “interest rate” yang bergantung kepada data-data ekonomi AS yang lebih kukuh.

telegram-moshed

Emas, biasanya dilihat sebagai pelaburan alternatif dalam masa kewangan dan ekonomi yang tidak menentu.  Namun ia tidak melihat belian runcit yang ketara akibat krisis Greek; kerana Dollar AS yang kukuh dan prospek “interest rate” AS yang lebih tinggi, yang akan meningkatkan kos memegang emas.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register