banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 15 Jun 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-006

Harga emas menyusut sekitar $7/oz Jumaat lalu, dengan paras tertinggi sekitar $1,184.40 ke serendah $1,176.75/oz sebelum menutup sekitar paras $1,181.20/oz, lebih rendah dari pembukaan, sekitar $1,181.80/oz; selepas Dollar mendapat sedikit permintaan terkesan dari data PPI dan “consumer sentiment” Amerika Syarikat yang dilaporkan lebih baik dari jangkaan.

Sebelum daripada itu, emas mendapat manfaat daripada permintaan aset ‘safe-haven’ berikutan ketidaktentuan ke atas pembayaran balik hutang Greece. Kenaikan harga emas mingg lepas telah dicetuskan oleh kejatuhan Dollar berbanding Yen, sebagai tindak balas kepada komen oleh Gabenor Bank of Japan Haruhiko Kuroda. Encik Kuroda berkata Yen telah mendapat terlalu lemah dan tidak mungkin jatuh lagi; sekaligus membantu mengangkat mata wang Jepun ke paras tertinggi dalam dua minggu berbanding Dollar.

telegram-moshed

Emas mengekalkan nada negatif selepas Jabatan Perdagangan AS berkata jualan runcit meningkat setelah disesuaikan mengikut musim 1.2% pada bulan Mei, manakala jualan tidak termasuk kederaan dan petrol meningkat 0.7%. Keseluruhan angka jualan jatuh dan meleset dari ramalan untuk pertumbuhan sebanyak 1.5% hasil konsensus ahli ekonomi yang dibanci.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register