728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 15 Mei 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-017

Harga emas meneruskan pacuan untuk 3 hari berturut-turut, dengan naik lebih $14/oz Khamis semalam untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar $1,227.30/oz sebelum menutup sekitar paras $1,221.05 sebagai reaksi pasaran terhadap kelemahan Dollar dan krisis Grexit yang mungkin bakal memasuki fasa yang lebih mencabar.  Greece diberitakan telah menerima jemputan negara-negara BRICS (Brazil, Russia, India, China, South Africa) untuk menyertai blok ekonomi mereka.

Pasaran hadapan emas melonjak di atas $1,200/oz di tengah-tengah peningkatan mendadak petang Rabu selepas emas mendapat sokongan belian, pulih dari paras terendah berhampiran $1,180/oz. Di pasaran hadapan COMEX, emas diniagakan pada $1.203,30/oz, meningkat 0.91% yang merupakan paras tertinggi dalam masa dua minggu.

telegram-moshed

Para pedagang emas dijangka bakal memerhatikan kejatuhan harga di bawah $1,190/oz hari ini. Spekulator emas dan peniaga menyaksikan penurunan mendadak minggu lepas, setelah pembelian menurun ke tahap yang paling rendah sejak Mac, menurut data “Commitment of Traders” (COT) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komoditi & Dagangan Niaga Hadapan (CFTC) Jumaat lalu.

Kontrak niaga hadapan bukan komersil, yang diniagakan oleh spekulator besar dan dana pelindung nilai, mempunyai sebanyak 72,440 kontrak dalam laporan pada 5 Mei lalu. Ini adalah perubahan mingguan sebanyak 28,817 kontrak daripada minggu sebelumnya yang mempunyai sebanyak 101,257 kontrak. Kedudukan spekulatif bersih kini berada di tahap yang paling rendah sejak 24 Mac iaitu 54,281 kontrak.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register