Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 15 Oct 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-007

Harga emas terus memacu naik untuk hari keempat berturut-turut, lebih $26/oz Rabu semalam untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar $1,189.85/oz sebelum menutup sekitar paras $1,184.40/oz; setelah data ekonomi AS yang begitu mengecewakan pasaran tambah meyakinkan para pelabur bahawa Federal Reserve AS tidak akan dapat menaikkan kadar pada tahun ini.

Jualan runcit AS menghadapi satu lagi pertumbuhan mengecewakan pada bulan September, menurut angka yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdagangan AS semalam. Jualan runcit meningkat 0.1%bulan lepas daripada Ogos, berbanding jangkaan pasaran untuk peningkatan 0.2%.  Jualan teras pula – tidak termasuk pembelian petrol, makanan dan bangunan yang berkaitan, jatuh 0.3% berbanding dengan jangkaan kejatuhan 0.1% sahaja.

Logam berharga emas telah meningkat, sejak melantun di bahagian bawah formasi segi tiga pada carta awal bulan ini. Corak yang sejajar selepas kejatuhan sepanjang tahun mungkin mencadangkan U-turn ke atas sedang dalam perjalanan. Terdapat juga laporan bahawa pelabur meningkatkan pesanan belian melalui pasaran niaga hadapan dan dana di bursa dagangan.

Malam nanti laporan CPI, tuntutan bantuan pengangguran dan indeks perkilangan kawasan Philadelphia dari AS akan memberikan pasaran sentimen seterusnya tentang dolar AS.  Inflasi dijangka terus jatuh kepada -0.2% dari -0.1%, tuntutan bantuan pengangguran dijangka meningkat dari 263 ribu kepada 269 ribu pemohon dan indeks perkilangan kawasan Philadelphia pula dijangka bertambah baik dari -6 kepada -1.8.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register