728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 15 Sep 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-002

Harga emas berada dalam pasaran ‘sideway’ Isnin semalam, dengan pergerakan sekitar $7/oz dari paras tertinggi harian sekitar $1,110.55/oz ke serendah 1103.55; setelah kebanyakan pedagang komoditi dan pengurus dana berdiam diri dari memasuki pasaran menjelang keputusan kadar FOMC Federal Reserve AS pada 16-17 September ini.

Pemangkin utama di sebalik pergerakan harga pada minggu ini, adalah keputusan kadar Federal Reserve AS.  Walaupun sesetengah meletakkan kemungkinan kenaikan kadar pada 50/50, secara realistik, pasaran menjangka kira-kira 25% kemungkinan. Ekonomi Amerika Syarikat seolah-olah berada di landasan yang kukuh, bagaimanapun, kebimbangan mengenai pertumbuhan global yang goyah, mungkin bermakna peningkatan kadar akan ditolak ke Oktober atau Disember.

telegram-moshed

telegram-moshed

Kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi yang perlahan di China, data ekonomi yang bercampur-campur dan turun naik dalam pasaran kewangan telah menimbulkan keraguan mengenai kenaikan kadar Amerika Syarikat, yang telah dijangka pada bulan ini. Sepanjang hujung minggu, data ekonomi China yang lemah juga telah menyokong kelewatan kenaikan kadar.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register