Share This Post

Archive-Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 16 Dec 2014

moshedfx-forex-malaysia-gold-008Emas menyusut lebih $20 pada Isnin semalam untuk turun ke paras terendah harian sekitar $1,206.10 selepas data ekonomi Amerika Syarikat – “capacity utilization” dan “industrial production” keluar jauh lebih baik dari jangkaan pada sesi dagangan New York.  Walau bagaimanapun emas terus mendapat sokongan pada harga kos produksi iaitu sekitar $1,200.

Permintaan terhadap emas dilihat meningkat apabila data ekonomi China dan Jepun  menunjukkan penguncupan, dan pasaran ekuiti global yang terumbang-ambing; menjadikan para pelabur mula memilih emas sebagai pelaburan alternatif dan selamat.  Pada masa yang sama, kejatuhan Dollar minggu lepas juga menyebabkan emas lebih murah untuk pemegang matawang selain Dollar.

Dollar Index yang didagangkan lebih tinggi Isnin semalam, menokok lebih 70 mata dari paras terendah Jumaat, kepada paras tertinggi harian sekitar 88.85 pada sesi petang dagangan London.  Fokus minggu ini adalah pada mesyuarat FOMC pada Khamis, 3 pagi waktu Malaysia, yang bakal menentukan permintaan untuk Dollar selanjutnya.  Seandainya Feds tetap dengan kenyataannya untuk “mengekalkan interest rate pada kadar rendah buat beberapa waktu”; Dollar dilihat bakal hilang momentum dan emas mungkin kembali bersinar dan mendapat sokongan terutama sekitar harga produksi $1,200.

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!