banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 16 Mac 2016

GOLD Analisa Fundamental Harian 16 Mac 2016

Harga emas berada dalam dagangan ‘sideway’ Selasa semalam, dengan pergerakan sekitar $12.35/oz dari paras tertinggi harian sekitar $1,238.15/oz ke serendah $1,225.80/oz; setelah pasaran mengambil sikap tunggu dan lihat menjelang mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis esok.  Federal dijangka tidak menaikkan kadar pada mesyuarat kali ini, tetapi pelabur akan terus memantau komen Feds untuk mendapatkan hala tuju Dollar selanjutnya.

Di pasaran hadapan komoditi global, logal berharga susut 0.8% dengan perak mengalami kejatuhan terbanyak pada 1.49% diikuti oleh emas 0.99%. Indeks Dollar yang mengukur kekuatan Dollar berbanding enam matawang utama, meningkat lebih 0.11% untuk ke paras tertinggi sekitar 96.90 mata sebelum menutup sekitar paras 96.60 mata semalam.

telegram-moshed

Emas telah mencatatkan prestasi terbaik sejak awal tahun ini, apabila kegawatan dan ketidaktentuan ekonomi global melanda pasaran.  Harga emas memacu naik ke paras tertinggi dalam masa 13 bulan, sekitar $1,281/oz, pada minggu lepas, sebelum menyusut semula menjelang mesyuarat FOMC awal pagi esok.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register