728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

GOLD Analisa Fundamental Harian 16 Mar 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-020

Emas yang telah merudum lebih $72/oz sepanjang dua minggu lalu, kini mula menampakkan tanda sokongan belian; apabila carta harian Jumaat lalu ditutup dengan “bullish doji candle” dan ‘bullish divergence’ dapat dilihat dicarta 4 jam dan mingguan.  Uptrend di carta bulanan juga masih utuh, dengan pembatalan pada sekitar $1,138.25  Ketika artikel ini ditulis, harga emas berada di atas pivot mingguan – sekitar $1,157.77

Di pasaran ekuiti Amerika Syarikat, Index Dow Jones dilihat buat pertama kalinya menutup dibawah pivot bulanan, sekitar 17,810.50 pada minggu lepas.  Index S&P500 juga menutup buat pertama kalinya dibawah pivot bulanan, sekitar 2068.50  Pasaran ekuiti AS dijangka mula merudum, ekoran spekulasi hangat Federal Reserve AS bakal menaikkan “interest rate” pada Jun ini.

Di Eropah pula nilai emas bersandar pada Euro terus memacu naik lebih 30 euro/oz, sebaik sahaja ECB mula melaksanakan program Quantitative Easing (QE) pada Isnin lalu.  ECB bakal membelanjakan 60 billion euro sebulan, bagi membeli bon-bon kerajaan Negara Kesatuan Eropah untuk menjana ekonomi negara tersebut.  Keadaan ini juga dilihat bakal memacu naik harga-harga saham di pasaran ekuiti Eropah.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register