Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 16 Mei 2016

GOLD Analisa Fundamental Harian 16 Mei 2016

Harga emas berada dalam dagangan bercampur-campur Jumaat lalu, naik turun dari paras terendah harian sekitar $1,262.10/oz ke paras tertinggi harian sekitar $1,276.43/oz, sebelum menutup sekitar paras $1,273.40/oz; setelah permintaan berterusan untuk emas dibayangi oleh laporan ekonomi AS yang menghangatkan spekulasi kenaikan kadar AS pada mesyuarat FOMC Jun ini.

Dollar AS mendapat lonjakan permintaan terkesan dari beberapa komen terbaru dari Presiden Feds cawangan yang mengatakan kenaikan kadar secara beransur-ansur perlu diteruskan dan sekiranya laporan ekonomi terus memberansangkan, kenaikan kadar pada Jun ini tidak boleh dinafikan.  Presiden Feds Boston, Encik Eric Rosenberg mengatakan pasaran memandang rendah pada potensi ekonomi AS, dan kenyataan ini telah disokong oleh laporan jualan runcit dan sentimen pengguna AS yang jauh lebih baik dari jangkaan.

Laporan jualan runcit yang dijangka kekal pada -0.3%, keluar mengejutkan pasaran pada 1.3% dan sentimen pengguna juga dilaporkan memberansangkan pada 95.8 mata, jauh lebih tinggi dari jangkaan 89.9 mata dan 89.0 mata pada laporan sebelumnya. Dollar mencapai prestasi terbaik dalam masa dua minggu sejak February lalu, apabila indeks Dollar yang mengukur kekuatan Dollar AS berbanding enam matawang mencapai paras tertinggi sekitar 94.84 mata, sebelum menutup sekitar paras 94.59 mata pada Jumaat lalu.

telegram-moshed

Walau bagaimanapun, emas masih mendapat permintaan berterusan terkesan dari kebimbangan pasaran terhadap kelembapan ekonomi global, kemungkinan kegawatan pasaran menjadi bertambah buruk sekiranya UK keluar dari Kesatuan Eropah pada referendum ‘Brexit’ 23 Jun ini, di samping beberapa krisis hutang lapuk negara-negara Eropah seperti Greece dan Itali yang kembali mendapat perhatian.  Pegangan emas bagi dana bursa bersandarkan emas terbesar dunia, SPDR Gold Trust, dilaporkan pada 27.17 juta auns – yang tertinggi sejak November 2013.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register