banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 16 Sep 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-003

Harga emas susut $6.50/oz Selasa semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar $1,102.60/oz sebelum menutup sekitar paras $1,105.10/oz; setelah dolar mendapat permintaan menjelang mesyuarat FOMC yang menjangkakan kenaikan kadar sebanyak 0.25% kepada 0.5%, walaupun terdapat spekulasi bahawa peluang untuk kenaikan tersebut hanyalah 25%.

Kenaikan kadar akan menjadi dorongan yang jelas bagi penurunan harga kepada bawah $1,100 menurut penganalisis di OCBC Bank. “Walaupun kenaikan kadar mungkin tidak menjadi kenyataan minggu ini, ianya masih dalam mesyuarat FOMC yang berikutnya, dan dengan itu menjelaskan sikap berhati-hati pasaran mengenai harga emas untuk tahun akan datang,” tambah mereka lagi.

telegram-moshed

Pelabur-pelabur menunggu kenyataan dari Feds esok, untuk melihat sama ada bank pusat AS akan menaikkan kadar untuk kali pertama dalam tempoh hampir satu dekad. Jangkaan bahawa Feds akan menaikkan kadar minggu ini telah suram baru-baru ini, disebabkan oleh kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi yang perlahan di China dan turun naik dalam pasaran kewangan.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register