728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 17 Apr 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-014

Harga emas menyusut lebih $14/oz untuk mencapai paras terendah sekitar $1,194.75 sebelum menutup lebih rendah dari pembukaan; sekaligus menunjukkan keadaan yang bertentangan di pasaran matawang.  Di pasaran matawang, Dollar telah dijual dengan meluas sepanjang minggu ini apabila Dollar Index telah jatuh mencapai paras terendah sekitar 97.45 dari setinggi 100.25

Di pasaran fizikal, jongkong emas menambah 0.2% semalam selepas meningkat 0.7% pada Rabu. Dollar jatuh sepanjang tiga sesi dagangan berbanding dengan sekumpulan mata wang utama pada hari Khamis. Mata wang Amerika itu mengalami kerugian sederhana berbanding yen dan euro, dan mengalami kejatuhan lebih besar berbanding mata wang komoditi yang diketuai oleh Dollar Kanada.  Dollar yang lemah menjadikan emas lebih murah bagi pemegang mata wang lain, di samping meningkatkan tarikan logam itu sebagai pelindung nilai.

telegram-moshed

Para penganalisis di Bank of America Merrill Lynch berkata zaman gelap bagi emas telah berakhir dan mereka percaya logam kuning itu boleh meningkat kepada $1,500/oz menjelang 2017. “Kami percaya kenaikan “interest rate” AS yang akan datang adalah satu-satunya halangan utama kepada kenaikan harga yang berterusan. Walaupun “interest rate” bakal dinaikkan, ianya tidaklah secara aggresif tetapi perlahan-lahan dan kami percaya zaman gelasp untuk emas telah berakhir selepas kejatuhan harga yang dahsyat pada tahun 2013 dan pergerakan harga yang sederhana pada tahun 2014. ” tambah penganalisis di Bank of America Merrill Lynch lagi.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register