728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 17 Aug 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-016

Emas berada dalam dagangan ‘sideway’ Jumaat lalu, dengan pergerakan sekitar $9/oz dari paras tertinggi harian sekitar $1,121.15/oz ke serendah $1,111.85/oz; setelah emas memantapkan diri dari tiga minggu pada Jumaat selepas China menenangkan pasaran global yang gelisah, dengan jualan runcit AS yang meyakinkan untuk peningkatan “interest rate” AS.

Tetapi emas telah bersedia untuk menamatkan kejatuhan selama tujuh minggu selepas penurunan nilai yuan China, awal minggu lalu yang mendorong pelabur berpindah daripada aset berisiko kepada apa yang disifatkan sebagai pelaburan perlindungan yang selamat seperti emas.  Pasaran yang tidak menentu telah ditenangkan apabila yuan kembali stabil selepas bank pusat China berkata tidak ada sebab bagi mata wang jatuh lagi kerana asas-asas ekonomi negara yang kukuh.

telegram-moshed

Logam berharga telah meningkat hampir 2% minggu lalu, selepas jatuh tujuh minggu yang merupakan pengunduran yang paling lama sejak 1999. Majlis Emas Dunia yakin bahawa akan ada peningkatan permintaan untuk emas fizikal pada separuh kedua tahun ini, apabila ia menjangka peningkatan permintaan bermusim di India dan harga yang lebih rendah emas akan menjana permintaan pengguna yang lebih kukuh.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register