Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 17 Dec 2014

moshedfx-forex-malaysia-gold-009Emas yang naik setinggi $1,223.35 sebelum para pedagang London keluar makan tengahari Selasa semalam, jatuh ke paras terendah harian sekitar $1,187.35 apabila pasaran Chicago mula dibuka dengan para pelabur yang mula menumpukan perhatian pada mesyuarat FOMC Khamis 3 pagi waktu Malaysia atau Rabu 2 petang waktu New York.  Federal Reserve Amerika Syarikat dilihat bakal menggugurkan kenyataan “mengekalkan interest rate pada kadar rendah untuk beberapa waktu” dalam minit mesyuaratnya yang menandakan Amerika Syarikat bakal menaikkan “interest rate” selepas 6 tahun.

Para penganalisa ekonomi dan pegawai Feds yang dibanci Bloomberg, rata-rata menjangkakan kenaikan “interest rate” seawal suku pertama 2015.  “Interest rate” yang lebih tinggi mengurangkan minat pelabur terhadap emas yang tidak membayar sebarang “interest”.  Keuntungan dalam pelaburan emas hanya bergantung kepada kenaikan harga semata-mata.

Walau bagaimanapun, sentimen pasaran hadapan emas adalah “bullish” dengan pengurus dana menambah pembelian kontrak hadapan yang terus meningkat dalam tempoh empat minggu berturut-turut.  Minggu lepas harga dipasaran hadapan meningkat 2.7%, yang tertinggi semenjak Jun selepas pasaran ekuiti global menyusut nilai sekitar $2 trilion angkara kejatuhan berterusan harga minyak yang menggusarkan pasaran.

telegram-moshed

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register