banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 17 Feb 2016

GOLD Analisa Fundamental Harian 17 Feb 2016

Harga emas berada dalam dagangan bercampur-campur Selasa semalam, naik turun dari paras terendah harian sekitar $1,190.90/oz ke setinggi $1,217/oz sebelum menutup sekitar paras $1,200.10/oz; setelah pemulihan dalam pasaran saham global dan harga minyak mentah membawa kepada kejatuhan harga emas sejak beberapa hari yang lepas; sekaligus menunjukkan minat yang semakin surut di kalangan pencari aset ‘safe-haven’.

Dalam tempoh tiga hari yang lalu, emas telah jatuh lebih daripada 4%, penurunan terbesar dalam masa tujuh bulan, menurut laporan Reuters.  Pada masa yang sama, pasaran saham global kembali pulih selepas mencatatkan kerugian dalam beberapa minggu lalu; selepas harga minyak mentah meningkat di tengah-tengah harapan terhadap pengurangan dalam pengeluaran.

Sebelum daripada ini, spekulator niaga hadapan dan pengurus dana serta pelabur, telah secara mendadak menambah kontrak jualan emas semasa bulan-bulan terakhir tahun 2015. Kedudukan jualan bersih – jangkaan bahawa emas boleh dibeli balik dengan harga yang lebih rendah pada masa depan – mencecah rekod 2.4 juta auns, semasa minggu dagangan terakhir 2015.

telegram-moshed

Tahun ini bagaimanapun, pengurus dana lindung nilai telah membeli tanpa henti, sekaligus menolak kedudukan keseluruhan kembali dalam mood belian. Menurut Komitmen mingguan CFTC yang dikeluarkan baru-baru ini, para spekulator telah membeli lebih dua kali ganda, menjadikan kedudukan belian bersih kepada 7.3 juta auns.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register