Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 18 Feb 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-010

Emas menjunam lebih $29 Selasa semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar $1,203.71/troy oz pada petang sesi New York.  Para pelabur dilihat mula memberi reaksi awal kepada mesyuarat FOMC Amerika Syarikat, yang dijadualkan awal pagi Khamis waktu Malaysia nanti.  Harga sudah pun jatuh dibawah pivot mingguan sekitar $1,230.35 dan pivot bulanan sekitar $1,253.15

Pada masa yang sama, keputusan ‘troika’ untuk tidak berganjak dan memberi Greece tempoh seminggu, untuk memohon pemanjangan bantuan dana kecemasan; memberikan para pelabur keyakinan; sekaligus menyumbang kepada kejatuhan nilai emas.  Walau bagaimanapun ini dilihat bersifat sementara, kerana sekiranya Greece bertegas tidak mahu meneruskan penjanjian, dan keluar dari Kesatuan Eropah; ianya akan membawa impak yang buruk kepada pasaran modal.

Seandainya Greece keluar dari Euro, dan membatalkan semua perjanjian hutang luarnya; negara-negara lain yang mendapat bantuan IMF juga, dilihat berpotensi berbuat demikian.  Ini sudah tentunya merupakan berita baik buat pembeli-pembeli emas.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register