728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 18 Mac 2016

GOLD Analisa Fundamental Harian 18 Mac 2016

Harga emas berada dalam dagangan bercampur-campur Khamis semalam, naik turun dari paras terendah harian sekitar $1,254.45/oz ke setinggi $1,270.90/oz, sebelum menutup sekitar paras $1,257.80/oz; setelah pasaran mula mengambil untung belian hasil dari kenaikan daripada keputusan Feds AS untuk mengurangkan jumlah kenaikan kadar pada tahun ini.

Di pasaran hadapan, kontrak emas bagi penghantaran bulan April mendapat tambahan permintaan dengan ‘open-interest’ yang meningkat dari 244,484 kontrak kepada 248,452 kontrak; dengan harga bidaan tertinggi sekitar $1,271.90/oz sebelum menutup sekitar paras $1,265/oz.  Indeks Dollar yang mengukur kekuatan Dollar berbanding enam matawang utama pula, susut lebih 115 mata untuk ke paras terendah harian sekitar 94.65 mata.

telegram-moshed

Emas yang disebut harga dalam Dollar, sensitif kepada kenaikan kadar AS, lantaran ianya aset yang tidak berkadar.  Pelabur membeli emas sebagai pelindung inflasi dikala kegawatan pasaran dan krisis ekonomi.  Emas telah susut dari paras tertinggi 5 tahun lalu, sekitar $1,920.90/oz ke serendah $1,046.40/oz pada lewat tahun lepas, sebelum memacu naik semula pada awal tahun ini, dalam reaksi kepada kegawatan pasaran dan kelemahan ekonomi global terutamanya di China.

telegram-moshed

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register