728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 18 Mar 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-007

Emas membuat ‘spike down’ ke serendah sekitar $1,142.64/oz pada sesi pagi dagangan New York Selasa semalam, sekaligus mengakhiri sesi dagangan pagi London dengan membentuk ‘bullish hammer candle’ di carta 4 jam.  Ketika artikel ini ditulis, harga emas sedang bertarung dengan ‘support’ di sekitar $1,150 dan uptrend di carta bulanan hanya akan dibatalkan pada sekitar $1,138.25

Di pasaran hadapan, kontrak April 2015 jatuh $4/oz untuk didagangkan sekitar $1,149.20/oz pada sesi pagi New York.  Ketika ini pasaran sedang menumpukan perhatian untuk mesyuarat FOMC awal pagi Khamis nanti, dengan jangkaan Federal Reserve AS bakal menggugurkan perkataan sabar dalam kenyataan medianya.  Ini dilihat sebagai tanda kenaikan “interest rate” seawal Jun ini.

telegram-moshed

Pada masa yang sama, US Dollar Index menyusut sedikit hari ini, selepas berada pada paras tertinggi sekitar 100.37 minggu lepas.  Ketika artikel ini ditulis, nilai US Dollar Index sedang berada dibawah 100.  Seandainya Feds mengekalkan kenyataannya, Dollar dijangka mula dijual dan matawang yang memberi pulangan tinggi seperti Aussie dan kiwi bakal mendapat permintaan untuk strategi ‘carry trade’ buat beberapa waktu, sehingga kenyataan yang lebih jelas dari Feds dikeluarkan.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register