Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 18 Mei 2016

GOLD Analisa Fundamental Harian 18 Mei 2016

Harga emas berada dalam dagangan bercampur-campur Selasa semalam, naik turun dari paras terendah harian sekitar $1,268.95/oz ke paras tertinggi harian sekitar $1,282.20/oz, sebelum menutup sekitar paras $1,278.63/oz; setelah pasaran menggunakan kenaikan harga untuk mengambil untung belian.  Pada masa yang sama, trader dan pelabur seolah-olah tidak berharap harga akan memecah paras $1,300/oz, apabila laporan komitmen trader terbaru menunjukkan kontrak belian yang berkurang.

Di pasaran global, pelabur ternama George Soros dan beberapa syarikat pelaburan besar diberitakan mula memasuki pasaran emas buat kali pertama selepas tiga tahun.  George Soros yang pernah memanggil emas sebagai “the ultimate bubble” dilaporkan telah membeli 1.05 juta saham dalam dana ETF SPDR Gold Trust – dana bursa bersandarkan emas terbesar dunia.

Dalam pada itu, seorang lagi pelabur besar John Paulson, bagaimanapun, terus mengurangkan pembelian emas, dengan jangkaan bahawa harga emas akan turun semula. Emas telah melonjak 20% sepanjang tahun ini, ekoran spekulasi Federal Reserve AS telah memperlahankan rentak kenaikan kadar kesan daripada kebimbangan terhadap ketidaktentuan dalam pasaran global.

“Terdapat lebih daripada nada positif kepada retorik mengenai tinjauan harga emas yang boleh menjejaskan harga, tetapi akhirnya ia adalah Dollar AS sebagai pemacu utama,” menurut penganalisis Helen Lau dari Argonaut Securities di Hong Kong.  Dollar AS yang lemah menjadikan emas lebih murah untuk pemegang matawang lain. Walau bagaimanapun, kenaikan harga adalah terhad selepas pasaran saham Asia meningkat dan harga minyak yang lebih kukuh merangsang Wall Street.

Emas meningkat naik terkesan dari pegangan dalam dana dagangan bursa yang disokong oleh emas meningkat untuk 14 hari berturut-turut, mencapai paras tertinggi dalam tempoh lebih dua tahun. Pegangan ETF meningkat 7.6 tan metrik kepada 1,822.35 tan – yang tertinggi sejak Disember 2013 – menurut data yang dikumpul oleh Bloomberg. Pembelian berterusan ini adalah yang paling lama sejak 7 Mac lalu.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register