Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 19 Aug 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-013

Emas berada dalam dagangan bercampur-campur Selasa semalam, dengan kejatuhan ke paras terendah harian sekitar $1,109.70 sebelum naik semula untuk menutup sekitar paras $1,117.60; selepas penganalisis berkata pergerakan harga baru-baru ini adalah disebabkan penurunan nilai mata wang China, yang mungkin membuatkan Federal Reserve AS lewat untuk meningkatkan “interest rate”. “Interest rate” yang rendah mungkin mengekalkan harga emas untuk terus meningkat.

Walau bagaimanapun, Karim Merchant, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Urusan Pure Gold, berkata pelarasan baru-baru ini dalam harga emas hanya bersifat jangka pendek, sambil menambah bahawa terdapat kemungkinan kejatuhan selanjutnya. Merchant berkata, beliau menjangka harga emas akan tinggal kira-kira $900 ke $1,100/oz pada tahun ini. “Kenaikan harga baru-baru ini hanyalah pergerakan jangka pendek ekoran spekulasi perdagangan emas.”

telegram-moshed

Shailesh Dash, Ketua Pegawai Eksekutif Al Makah Capital, berkata walaupun terdapat kenaikan baru-baru ini dalam pembelian emas, yang dicetuskan terutamanya oleh kegiatan membeli pada harga murah, peniaga emas masih terkawal. Secara intraday, beliau menjangka harga emas dan perak akan berdagang secara “sideway” setelah China mendedahkan pada Jumaat bahawa ia meningkatkan pegangan sebanyak 1.1% pada bulan Julai. Sementara itu di sisi lain, pengurus wang terus menjadi penjual selama empat minggu berturut-turut.

Dapatkan Pakej Lengkap Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX. Pakej Lengkap merupakan Ebook, Video, dan Support dari MoshedFX untuk mula menjana keuntungan melalui Forex Trading – Klik Sini untuk lihat Testimoni yang sudah berjaya !

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register