728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 19 Dec 2014

moshedfx-forex-malaysia-gold-011Emas memecah paras tertinggi Rabu $1,202.87 untuk didagangkan sekitar $1,213.68 pada sesi dagangan pagi London Khamis semalam, selepas pasaran dikejutkan dengan krisis ekonomi Russia lantaran kejatuhan teruk Rubble dan Swiss National Bank yang mengenakan cas “interest rate” -0.25% bagi mengawal kemasukan modal yang berterusan ke bank-bank di Switzerland.  Interest rate negatif ini adalah pertama kali sejak 1970 dan yang kedua seumpamanya selepas ECB pada Jun lalu.

Walau bagaimanapun para pelabur terus menjangkakan permintaan lebih tinggi untuk Dollar, apabila Federal Reserve Amerika Syarikat mengatakan kenaikan “interest rate” berjalan seperti yang dirancang, iaitu seawal April 2015.

Kenaikan “interest rate” Amerika Syarikat dijangka mengurangkan permintaan untuk logam berharga itu kerana emas tidak membayar sebarang “interest” atas pelaburannya.  Pelaburan emas banyak bergantung kepada kenaikan nilai yang dipengaruhi pelbagai faktor krisis seperti geo-politik, ekonomi dan inflasi terlampau.

Walau bagaimanapun pasaran hadapan emas menunjukkan sokongan kuat para pelabur pada harga kos produksi $1,200 dengan kontrak Jun 2015 yang mula mendapat permintaan dengan “open interest” sebanyak 34,277.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register