Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 19 Feb 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-008

Emas yang terus menyusut lebih $12 pada sesi pagi London Rabu semalam, kembali memacu naik untuk mencapai paras tertinggi sekitar $1,213.35/troy oz, sebelum menutup carta harian pada sekitar $1,212.25; sekaligus membentuk “bullish hammer” di carta harian.  Inilah kali kedua petanda ini keluar, selepas kali pertama pada awal Januari lepas di carta harian.  Ketika artikel ini ditulis, harga emas sedang berada diatas ’21 weeks moving average’ – sekitar $1214.45

Minit mesyuarat FOMC Amerika Syarikat yang menunjukkan Federal Reserve terpaksa melewatkan kenaikan “interest rate”, ekoran inflasi dibawah sasaran dan peningkatan pendapatan pengguan yang terlalu perlahan; menyebabkan emas kembali mendapat permintaan.  Situasi di Ukraine juga yang kembali tegang, dijangka boleh menjadi pemangkin kepada kenaikan harga emas selanjutnya.

Walau bagaimanapun di Eropah, Greece mula tunduk kepada ‘troika’ apabila diberitakan terdapat perbincangan tertutup antara Greece dan EU; yang mana Greece mungkin terpaksa melaksanakan langkah berjimat cermat.  Laporan mengatakan program dana kecemasan kini akan dilanjutkan selama 6 bulan; dan masalah hutang negara-negara Eropah ini bukanlah perkara baru.  Emas dijangka dalam dagangan ‘ranging’ hari ini, dan sebarang kejatuhan harga dilihat sebagai peluang belian.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register