Share This Post

Archive-Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 19 Jan 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-012

Emas memacu naik lagi Jumaat lalu, hampir $28 ke paras tertinggi sekitar $1,282.15 sebelum menutup pasaran sekitar $1,279.40 pada lewat petang sesi dagangan New York.  Pasaran yang masih terkejut dengan keputusan SNB yang sebelumnya menafikan bakal membatalkan sokongan terhadap Euro; dilihat bakal terus membeli emas pada setiap peluang.  Carta mingguan dan harian, secara rasminya telah memasuki fasa “uptrend” apabila harga emas dilihat berada di atas “stop and reverse” indikator.

Tindakan SNB itu telah menyebabkan Swiss Francs meningkat nilai hampir 28% berbanding Dollar dengan nilai tukaran terendah USD|CHF pada minggu lalu sekitar hanya 0.30CHF bagi setiap US Dollar.  Euro pula telah menyusut nilai sekitar 30% berbanding Swiss Francs, dengan nilai tukaran EUR|CHF serendah 0.85CHF untuk setiap Euro.  Emas telah meningkat nilai sejak krisis kewangan 2008, ekoran kecairan yang diberi oleh bank-bank pusat dunia.

Walau bagaimanapun, dengan ECB yang dijangka bakal mengumumkan “Quantitative Easing” (QE) ala Amerika Syarikat Khamis ini; Euro dilihat bakal terus lemah lantas menaikkan nilai Dollar dan sekaligus ini boleh menjatuhkan harga emas.  UBS menurunkan jangkaan harga emasnya dari $1,200 kepada $1,190 untuk tahun ini, dengan mengatakan mereka melihat lebih banyak risiko untuk pembelian buat masa ini.

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!