728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 19 Mar 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-019

Emas terus berada dalam dagangan ‘ranging’ Rabu semalam, dengan pergerakan tidak melebihi $10/oz beberapa jam sebelum sidang media mesyuarat FOMC bermula.  Para pelabur berada dalam keadaan berhati-hati dan menjangka Federal Reserve bakal menggugurkan perkataan ‘sabar’ dalam minit mesyuaratnya kali ini. Spekulasi ini menyebabkan emas terus jatuh harga untuk mencapai paras terendah sekitar $1,145.85

Malangnya, walaupun mesyuarat FOMC yang diadakan awal pagi tadi, menggugurkan perkataan sabar dalam kenyataan terbarunya, perubahan data-data ekonomi yang dikemas kini kepada lebih rendah menyebabkan pasaran berubah sentimen dan meletakkan kenaikan “interest rate”, bukanlah suatu keutamaan kepada Feds ketika ini. Ramai penganalisa masih menjangka kenaikan “interest rate” bakal berlaku pada tahun ini, namun bukanlah pada Jun ini seperti yang diharapkan.

telegram-moshed

Ekonomi Amerika Syarikat dijangka berkembang lebih rendah tahun ini, pada kadar minimum 2.1% berbanding 2.6% jangkaan sebelum ini.  Inflasi dijangka stabil pada 1% lebih rendah dari sasaran Feds sebanyak 2%.  Keadaan ini mendorong para pelabur mula menjual Dollar, sekaligus menyaksikan emas meningkat lebih $31/oz untuk mencapai paras tertinggi sekitar $1,177.75 awal pagi tadi.  Pasaran dijangka dalam dagangan berhati-hati dengan minat belian pada paras $1,150/60

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register