728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 19 Nov 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-013

Harga emas berada dalam dagangan ‘sideway’ Rabu semalam, dengan pergerakan sekitar $11.25/oz dari paras tertinggi harian sekitar $1,075.50/oz ke serendah $1,064.25/oz, sebelum menutup lebih rendah dari pembukaan; setelah harga terus berlegar-legar berhampiran dengan paras terendah pada tahun 2015.

Trader berkata sentimen kekal lemah sebahagian besarnya kerana trend global yang semakin perlahan, di mana emas merosot ke paras terendah dalam tempoh lima tahun terkesan dari laporan yang menunjukkan peningkatan dalam harga pengguna Amerika Syarikat, bakal mengukuhkan pertaruhan bahawa Feds akan menaikkan kadar pada bulan depan. Selain itu, Dollar yang didagangkan pada paras tertinggi dalam lebih daripada satu dekad, juga memberi kesan kepada harga emas, kata mereka.

Emas cuba memacu lebih tinggi di pasaran spot London, tetapi logam berharga terus didagangkan sekitar paras terendah tahunan ekoran jangkaan kenaikan kadar AS menggugat keyakinan pelabur tehadap aset yang tidak berkadar ini. Harga emas memulakan dagangan sekitar paras terendah sejak Februari 2010, sebelum pulih sedikit.  Harga jongkong emas pula telah jatuh selama 14 daripada 16 sesi, di bawah tekanan daripada prospek kenaikan kadar AS yang pertama dalam hampir satu dekad pada bulan Disember ini.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register