banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 2 Feb 2016

moshedfx-forex-malaysia-gold-001

Harga emas melonjak lebih $13.75/oz Isnin semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1,129.60/oz sebelum menutup sekitar paras $1,128.20/oz; setelah laporan ISM Pembuatan AS dilaporkan meleset dari jangkaan dan pasaran melihat ekonomi terbesar dunia itu masih belum cukup kuat untuk menahan satu lagi kenaikan kadar pada tahun ini. PMI Pembuatan AS untuk bulan Disember dilaporkan pada 48.2 mata berbanding jangkaan sebanyak 48.6 mata dan 48.2 mata pada bulan November lalu.

Ketika ini, pasaran hanya menjangkakan satu lagi kenaikan kadar pada tahun ini, kemungkinan besar pada bulan Julai, berbanding dengan empat mengikut bimbingan dasar Feds. Kenaikan kadar secara beransur-ansur dilihat sebagai kurang memberi ancaman kepada harga emas, daripada satu siri kenaikan yang pantas. Dua peranan utama emas – sebagai komoditi dan mata wang – meletakkannya dalam kedudukan yang sukar pada awal tahun 2016.

telegram-moshed

Sektor komoditi secara keseluruhannya, telah memasuki tahun kelima penurunan berturut-turut. Pasaran ekuiti pula telah memulakan tahun ini dengan tindakan negatif yang melampau. Trader berkata, selain trend pengukuhan di luar negara, musim belian perkahwinan untuk perhiasan dan peruncit di pasaran domestik terutamanya, telah membawa kepada pemulihan harga emas.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register