728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 2 Jan 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-006Emas menyusut lebih $20 Rabu lalu, sebelum pasaran bercuti tahun baru 2015 Khamis semalam.  Walaupun “unemployment claims” Amerika Syarikat menunjukkan peningkatan yang ketara dari minggu lepas, 298 ribu berbanding 281, malah jauh meleset dari jangkaan 290 ribu; ianya tidak menghalang para pelabur dan pengurus dana untuk menambah pegangan dalam Dollar.  US Dollar Index kembali ke paras tertinggi sekitar 90.65 untuk menutup tirai dagangan 2014.

Emas yang memecah resistance $1,200 Selasa lalu selepas spekulasi krisis ekonomi Russia dan kejatuhan teruk Ruble, mula menambah permintaan apabila Greece diberitakan bakal mengadakan pilihanraya presiden lebih awal ekoran kegagalan Parti Demokrasi Baharu yang memerintah mengekalkan majoriti.  Pilihanraya dijadualkan 25 Januari ini.

Pada masa yang sama, pasaran hadapan emas menunjukan “open interest” yang terus mengurang dari 220,568 kepada 217,101 untuk Februari 2015 , walaupun untuk kontrak April 2015, ianya terus menambah dari 57,787 kepada 59,409 setakat Rabu lalu.  SPDR Gold Trust, dana pegangan emas terbesar dunia, pula melaporkan masih memegang 710.81 tan emas dalam simpanannya.

telegram-moshed

Hari ini dagangan dijangka tipis ekoran pasaran yang masih dalam mood percutian tahun baru melainkan terdapat kejutan pasaran.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register