Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 2 Jun 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-013

Harga emas yang melonjak lebih $19/oz pada sesi pagi New York Isnin semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar $1,204.35/oz, kembali merudum selepas 3 jam sebelum menutup sekitar paras $1,189.05 – lebih rendah dari pembukaan – apabila Dollar kembali mendapat permintaan, terkesan dari laporan “ISM manufacturing PMI” AS yang lebih baik dari jangkaan.

Dolar meningkat 0.5 peratus berbanding dengan sekumpulan mata wang terkemuka, kebanyakannya disebabkan oleh kejatuhan Euro, selepas Greece terlepas tarikh akhir Ahad lalu untuk mencapai perjanjian dengan pemiutangnya, bagi melepaskan dana bantuan kecemasan. “Greece jelas mempunyai pengaruh terhadap perkembangan harga emas pada masa ini,” menurut pengurus kanan Saxo Bank Ole Hansen.

telegram-moshed

“Pasaran tidak begitu berminat dengan emas buat masa ini, tetapi minggu ini penuh dengan berita ekonomi utama seperti non-farm payroll AS, mesyuarat ECB, tarikh akhir pembayaran balik hutang Greece; jadi terdapat peluang yang baik untuk kita melihat beberapa perubahan harga yang lebih besar minggu ini.” tambah beliau lagi.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register