Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 2 Mar 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-019

Emas meningkat sekitar $15/oz dari paras terendah, sekitar $1,204.40, pada sesi pembukaan London; sebelum menutup pada sekitar $1,212.67 beberapa jam selepas Amerika Syarikat melaporkan GDP tahunannya pada 2.2% berbanding 2.1% jangkaan.  Ini bermaksud sudah 3 hari berturut-turut, emas membuat ‘bullish candles’ di carta harian, semenjak Rabu lalu.

Pasaran Amerika Syarikat kini dibelenggu kenyataan presiden Feds, Janet Yellen bahawa badan kewangan AS itu tidak ada sebab untuk tergesa-gesa menaikkan “interest rate”.  Keadaan ini sekaligus mengurangkan permintaan untuk Dollar, dan Pound dilihat berpotensi untuk mengambil alih pacuan selanjutnya.  US Dollar index dilihat berada pada resistance bulanan sekitar 95.8 – 96 dan ‘triple top chart pattern’ dilihat sedang membentuk di carta harian.

telegram-moshed

Di pasaran hadapan, sentimen emas bertukar bullish selepas kenyataan presiden Feds.  Kontrak April 2015 mendapat permintaan terbanyak dengan ‘open interest’ sebanyak 257,857; Jun 2015 dengan 59,787 ‘open interest’; December 2015 dengan 27,894 ‘open interest’, dan Ogos 2015 dengan 19,140 ‘open interest’.  ‘Open interest’ adalah kontrak yang belum diselesaikan dan dengan harga sekitar kos produksi, $1,200; belian dilihat mengatasi jualan.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal