Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 2 Oct 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-0191

Harga emas berada dalam dagangan ‘sideway’ Khamis semalam, dengan pergerakan sekitar $8.00/oz dari paras tertinggi harian sekitar $1,119.25/oz ke serendah $1,111.15/oz; setelah para pedagang mengambil kesempatan daripada harga yang rendah untuk membeli dengan harga yang lebih murah. Emas menghadapi penurunan suku kelima, yang paling lama sejak tahun 1997, setelah data pekerjaan AS yang teguh menambah kepada tanda-tanda kekuatan dalam ekonomi yang dilihat bakal menggerakkan Federal Reserve lebih dekat kepada kenaikan kadar.

Daftar pekerja swasta AS meningkat 200 ribu pada bulan September, menurut angka dari Institut Penyelidikan ADP, sekaligus menewaskan ramalan median ekonomi yang dikaji oleh Bloomberg – sebanyak 190 ribu. Walaupun pegawai Feds mengekalkan kadar tidak berubah pada mesyuarat awal September lalu; mereka berkata bahawa kenaikan kadar pasti datang apabila mereka melihat “beberapa penambahbaikan dalam pasaran buruh.”

telegram-moshed

Sementara itu, emas telah merudum minggu ini terkesan dari ancaman yang berterusan dari deflasi ekonomi dunia. Data Euro-Zone terkini menunjukkan bahawa harga pengguna di seluruh blok mata wang tunggal itu jatuh kepada – 0.1% pada bulan September, lebih daripada jangkaan, dan turun dari kenaikan 0.1% pada sebulan lebih awal. Kejatuhan harga biasanya tidak memberi prospek positif untuk logam berharga emas ekoran ia dianggap sebagai pelindung nilai terhadap inflasi.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register