GOLD Analisa Fundamental Harian 20 April 2016

0 2

Harga emas melonjak lebih $28.40/oz Selasa semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1,256.70/oz sebelum menutup sekitar paras $1,250.20/oz; setelah para trader tetap bimbang dengan kenaikan sementara harga minyak mentah yang disebabkan mogok di Kuwait. Para trader sedang menunggu untuk melihat sejauh mana harga minyak akan turun apabila pengeluaran Kuwait kembali beroperasi.

Laporan Reuters berkata, terdapat sedikit pembelian ‘safe-haven’. Tetapi terdapat kebimbangan mengenai kenaikan kadar AS. “Tarik tali inilah yang menjadikan dagangan berada dalam julat, ” menurut Ronald Leung, ketua trader di Lee Cheong Gold Dealers, Hong Kong. “Permintaan emas fizikal masih lemah dan tidak dapat menyokong kenaikan harga.” tambah beliau lagi.

Fox News berkata kebanyakan trader percaya bahawa logam tersebut dijangka diniagakan lebih tinggi, di tengah-tengah kebimbangan terhadap pertumbuhan global dan kejatuhan harga minyak mentah. Kontrak emas bulan Jun diselesaikan pada 40 sen, atau kurang daripada 0.1%, lebih tinggi pada $1,235/oz. Penutupan yang meyakinkan itu datang walaupun Dow Jones Industrial Average meningkat, menyentuh tahap urusniaga harian 18,000 mata pada hari Isnin.

Harga emas telah kembali mantap selepas mencatatkan kenaikan suku tahunan terbesar dalam hampir 30 tahun dalam tempoh tiga bulan hingga Mac lalu, selepas jangkaan bahawa Rizab Persekutuan AS akan mengurangkan jumlah kenaikan kadar pada tahun ini. Sejak kenaikan kadar pada awal Disember lepas, Feds telah memperlahankan jangkaan kenaikan berikutnya sebagai reaksi kepada risiko dalam kelembapan ekonomi global yang boleh menjadi lebih teruk daripada jangkaan. Pasaran hanya memfaktorkan satu kenaikan kadar AS pada tahun ini.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa