728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 20 Feb 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-012

Emas yang memacu naik sepanjang sesi Asia Khamis semalam, untuk mencapai paras tertinggi sekitar $1,222.89; menjunam lebih $17 apabila pasaran New York dibuka.  Kini emas dilihat bakal kembali kepada harga sebelum mesyuarat FOMC Amerika Syarikat, dan harga purata kos produksi emas, $1,200 atau lebih rendah, bakal menjadi tumpuan pembeli.

Pasaran Asia yang rata-ratanya bercuti sempena Tahun Baru Cina, menjadikan pasaran jongkong emas fizikal berada dalam dagangan tipis.  China yang merupakan antara pengguna emas terbesar dunia disamping India, banyak memberi sokongan belian apabila harga jatuh.  Dengan penutupan pasaran tempatan sehingga Selasa depan, sebarang kejatuhan harga mungkin sukar mendapat sokongan belian.

telegram-moshed

Di pasaran Eropah, krisis ‘Grexit’ yang dijangka dapat diselesaikan, ekoran kelembutan Greece untuk memohon bantuan baru, yang lebih mirip kepada cadangan awal ‘troika’.  Jerman yang menolak cadangan tersebut, dijangka membuka pintu rundingan selanjutnya sebelum February berakhir.  Keadaan ini menjadikan nilai emas menyusut dan menghampiri harga kos produksi.

Di Amerika Syarikat, kerisauan Federal Reserve tentang pendapatan pekerja yang goyah dan meningkat terlalu perlahan, disamping inflasi yang dibawah sasaran; menjadikan mesyuarat FOMC AS memutuskan untuk melewatkan kenaikan “interest rate”.  Keadaan ini sedikit sebanyak mengurangkan tekanan kepada emas yang tidak membayar sebarang “interest”.  Emas dijangka ‘ranging’ hari ini melainkan terdapat kejutan pasaran.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register