728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 20 Mei 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-008

Harga emas jatuh lebih $19/oz dari paras tertinggi sekitar $1,225.60/oz Selasa semalam, selepas data perumahan Amerika Syarikat dilaporkan lebih baik dari jangkaan, menjana semula permintaan untuk Dollar. Dollar Index telah naik untuk 2 hari berturut-turut, dan kini berada sekitar 95.40 ketika artikel ini ditulis, setelah berada sekitar paras terendah 93.15 Jumaat lalu.

Penganalisis berkata, kejatuhan harga logam kuning di pasaran hadapan juga kebanyakannya sejajar dengan trend yang lemah di luar negara, sebelum Federal Reserve AS mengeluarkan minit mesyuarat terbarunya awal pagi Khamis nanti untuk para pelabur menilai data ekonomi bagi mendapatkan petunjuk masa kenaikan “interest rate”.

telegram-moshed

Dana ETF Emas, seperti SPDR, menerbitkan saham yang disokong oleh logam fizikal kepada pelabur. Penjualan saham tersebut akan mencairkan logam fizikal kedalam pasaran. Tetapi setakat bulan ini, penurunan dalam pegangan SPDR belum mencerminkan harga semasa, menunjukkan pembetulan harga adalah sesuatu yang dijangkakan, menurut para penganalisis.

Dalam tempoh tujuh sesi dagangan lepas, aliran keluar daripada SPDR yang berpusat di New York adalah berjumlah 21 tan; dengan aliran keluar pada 8 Mei sebanyak 10.74 tan merupakan aliran keluar harian tertinggi tahun ini. Pengeluaran bernilai $825 juta pada harga semasa itu, menurunkan pegangan SPDR kepada 718.24 tan metrik pada Isnin lalu, yang terendah sejak pertengahan Januari.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register