728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 20 Mei 2016

GOLD Analisa Fundamental Harian 20 Mei 2016

Harga emas yang merudum lebih $17.20/oz sepanjang sesi Asia dan pagi Eropah Khamis semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $1,243.85/oz, kembali memacu naik untuk menutup lebih tinggi sekitar paras $1,246.18/oz; setelah permintaan untuk Dollar meningkat, terkesan dari minit mesyuarat terbaru FOMC dan komen beberapa Presiden Feds cawangan yang mahukan kenaikan kadar seawal June.  Pembeli yang lewat, menggunakan kejatuhan harga untuk membida harga ke paras yang lebih tinggi.

Di pasaran matawang, Dollar diberitakan mengekalkan momentum belian apabila indeks Dollar terus memacu naik lebih 30 mata, untuk ke paras tertinggi dalam masa enam minggu sekitar 95.47 mata, sebelum menutup sekitar paras 95.28 mata Khamis semalam.  Di pasaran ekuiti, indeks S&P500 mencecah paras terendah bulanan yang baru, sekitar 2,025.35 mata, sebelum memacu naik untuk menutup lebih tinggi sekitar paras 2,042.10 mata.

Di pasaran bon, harga untuk bon perbendaharaan 10 tahun AS, melonjak dalam kegiatan mengambil untung selepas jatuh empat hari berturut-turut, apabila Federal Reserve membuat keputusan untuk tegas menaikkan kadar seawal Jun ini, sekiranya data ekonomi AS berada pada landasan yang diharapkan.  Harga Bon dan emas sensitif kepada kenaikan kadar, kerana kadar baru yang lebih tinggi akan menyebabkan bon lama sust nilai dan emas kehilangan permintaan.

telegram-moshed

Ekonomi AS mungkin telah bersedia untuk menghadapi satu lagi kenaikan kadar selepas kenaikan pertama, selepas hampir 10 tahun, pada Disember tahun lepas.  Laporan inflasi AS baru-baru ini yang lebih baik, menguatkan sentimen laporan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik pada 27 Mei depan.  Inflasi dilaporkan meningkat pada 0.4% berbanding 0.1% pada sebelumnya dan pasaran hanya menjangkakan kenaikan sebanyak 0.3%.

Feds meletakkan inflasi, pertumbuhan ekonomi (GDP) dan sektor pekerjaan sebagai kayu ukur utama dalam menentukan kenaikan kadar pinjaman semasa. GDP dijangka bertambah baik dengan jangkaan kenaikan sebanyak 0.8% pada suku pertama 2016 berbanding 0.5% pada suku terakhir 2015.  Sektor pekerjaan AS pula hanya menambah 160 ribu pekerjaan dalam laporan NFP awal bulan ini berbanding jangkaan pasaran untuk 203 ribu pekerjaan.  Namun purata pendapatan meningkat sebanyak 0.1% seperti yang dijangkakan.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register